Search me more....

Google
 

Recent Posts

Easy Listening - Click song titles to listen

Suku Kaum Orang Asli

Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan Pahang. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri, Semai dan Temiar

A. Temiar

Pemilihan penempatan Suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'Berhalaq' (jampi) atau mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti 'merbau' dan sebagainya.

Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu.

Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong- royong. Di peringkat awal petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri.

Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan.

B. Semoi

Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat di antara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.

C. Semoq Beri

Orang Semoq Beri tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Satu ketika dahulu Orang Semoq Beri berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat, kini Orang Semoq Beri sudah mula mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Di negeri Pahang terdapat terdapat 5 buah kampung di Jerantut yang berjumlah 95 keluarga seramai 735 orang. Daerah Maran berjumlah 5 buah kampung terdiri 197 keluarga seramai 935 orang dan daerah Kuantan terdapat 2 buah kampung berjumlah 67 kelamin seramai 366 orang. Di negeri Terengganu terdapat terdapat 1 buah kampung di Hulu Terengganu yang berjumlah 42 keluarga seramai 185 orang. Daerah Kemaman berjumlah 2 buah kampung terdiri 69 keluarga seramai 284 orang.

D. Jahut

Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Negeri Pahang. Di daerah Temerloh mereka tinggal di kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau - Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantut mereka tinggal di Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan menanam padi huma, jagung dan ubi.

E. Mah Meri

Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut "bersisik". Mereka juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat ditentang asal-usul mereka, walau bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh.

Kini masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil dari percampuran dengan masyarakat lain.

F. Che Wong

Orang Che Wong tinggal kawasan pinggir di daerah Raub dan Temerloh, Pahang. Satu ketika dahulu Orang Che Wong suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Che Wong sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum.

Daerah Raub terdapat 4 buah perkampungan dan daerah Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che Wong yang berjumlah keseluruhannya 68 keluarga seramai 417 orang.


The Naked Traveler

Jalan-jalan bersama KNizam

Info @ ©Mari Singgah

Tatapan Kaki Pancing


Properties For Sales

Properties For Rent