Search me more....

Google
 

Recent Posts

Easy Listening - Click song titles to listen

KHASIAT DAN KELEBIHAN KAYU KOKKA













Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.


Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertujukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. lanya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan Nabi Syuaib AS sendiri diperbuat daripada kayu Kokka.


Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq alas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.


Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya adalah seperti berikut :-

• Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
• Anak menangis tidak dapat tidur, letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi rninum, insya Allah akan tidur.
• Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
• Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
• Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
• Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
• Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
• Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insyaAllah akan terhindar dari binatang buas, liar atau berbisa.
• Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insyaAllah akan hilang segala bisa.
• Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
• Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
• Menurut sejarah yang bertaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
• Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya, insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
• Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir. Sentiasa mengingati Allah SWT dan berdoa kepadaNya serta
berusaha untuk mencegah adalah amalan mulia. Kita mampu berusaha, Allah SWT jualah yang berkuasa atas segalanya.

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri. Semoga dapat dimanfaatkan demi agama, keluarga, bangsa dan negara.

Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam
bentuk Tasbih.
Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa.

Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak First Aid sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.

No comments:


The Naked Traveler

Jalan-jalan bersama KNizam

Info @ ©Mari Singgah

Tatapan Kaki Pancing


Properties For Sales

Properties For Rent